Friday, September 23, 2011

Open House..


Salam buat semua, mcm mane dgn aktiviti open house korang?
Semua ok ke..ye la, mesti banyak jemputan kan..
This week plak...minggu terakhir Syawal..
Mesti ramai yg buat open house..

Tak ketinggalan, esk..sy sekeluarga pon buat open house juga..
Kali nie buat di rumah mak mertua di shah alam..
Tp planning nak wat kenduri kesyukuran je..tp kena plak time hujung2 Syawal..
So, 2 dalam 1 la jadinya..

Menu adalah ditempah..
Maybe ada sikit2 yg masak..
Ape2 pun, harap semua berjalan lancar..

Wednesday, September 21, 2011

Saham Akhirat...

Hehehe..kali nie nak story tentang pelaburan..
Haaa..sape tau tentang saham nie??? Angkat kaki..
Semua org tau pasal saham kan..sbb melalu saham gak..kita leh mendapat keuntungan..
Lagi besar pelaburan..lagi besar la untung yg kita dapat..

Tp, i bukan nak story pasal saham2 mcm kat Bursa saham tu..
Ini adalah saham yang kita hanya dapat keuntungan di akhirat nnt..Insyallah..
Nama saham nie: sijil wakaf utk membina masjid & sekolah agama..

Jadi, sekarang nie..i tengah busy cari pelabur yg ikhlas..
Semoga sama2 la kita membantu dalam mengumpul dana ini..
Ye la..kalau nak bina masjid sendiri memang x mampu la kan..
So, inilah antara salah satu cara utk menyumbang kpd agama kan...
Semoga dipermudahkan semuanya..
Amin...



Tuesday, September 20, 2011

Tiru Macam Saya...

Sumber: Harian Metro

YANGON: Ikon demokrasi Aung San Suu Kyi yang telah menjadi tawanan dalam rumahnya sendiri tanpa talian telefon dan internet berkata, sejak dibebaskan, dia tidak ada masa untuk menggunakan Facebook dan Twitter.

Kata pemenang Nobel Keamanan itu, penggunaan Twitter dan FB akan mengambil banyak masanya.

“Saya akui, masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan semua kerja yang tertangguh sejak tujuh tahun lalu,” katanya dalam satu temubual di pejabat partinya di Yangon.

Ketika dibebaskan November lalu, Suu Kyi menyatakan hasratnya untuk menggunakan laman media sosial. Bagaimanapun, untuk masa ini, dia terpaksa bergantung kepada laman sesawang yang dibina oleh penyokongnya di luar negara.

Talian internet di Myanmar sangat lembab dan beberapa pembangkang telah ditahan kerana menggunakan internet untuk mengkritik pemerintah.

Penunjuk perasaan anti kerajaan menggunakan jaringan laman sosial ketika revolusi pro demokrasi di Tunisia dan Mesir

Ketika kebangkitan sami di Myanmar pada 2007, rakyat menggunakan laman sesawang untuk memuat naik berita dan gambar kepada dunia luar dan menyebabkan rejim pemerintah menyekat talian internet.

Suu Kyi berkata, pemberontakan cara Arab bukanlah penyelesaian kepada masalah di Myanmar. Sebaliknya, dia menerima baik tanda peralihan politik dibawah pemerintahan yang baru.

Komen sy: Ramai di antara kita yang banyak menghabiskan masa dengan FB, Twitter..siap create banyak akaun.. akibatnya, banyak kerja bertangguh..apa kejadahnye??

Jamuan Hari Raya SMH 2011..

Acara tahunan seperti biasa..majlis jamuan hari raya..
Semalam telah berlangsung dgn jayanya..
Banyak gak makanan...n alhamdulillah semua sedap..


Dodol yang dimasak beramai2 pon habis licin..
Sedap la tu kan..smp x cukup..
X sangka staff2 di SMH ni pandai kacau dodol..

Insyallah tahun hadapan harap2 ada jamuan mcm ni lagi..

Wednesday, September 14, 2011

Eeeeee..Gelinye..


Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

“Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu,” katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. – Agensi

Tuesday, September 13, 2011

Dont Let Me Down!!


Arghhh..tidak...
Tolonglah jgn kecewakan sy lagi..
Pls..pls..pls...
Letih sudah sy...
Ni yang tension jek nie..
Bila la nak ++...asyik - - jek..

Happy 40th Anniversary Star..

Happy birhday to you 3x..
Hehehe..best nye time nak celebrate besday Star ni..
Siap ada makan2..game, show bagai..
Dah mcm funfair dah tengok opis ari tu..
Paling penting..ada belon panas..
Terkedu jap tgk benda alah belon panas tu..


Apa2 pon..maybe tu cara diaorg nak hiburkan staff semua..
Makan2 yg sedap2...n pengumuman bonus..
Ngeeeeeee..tersenyum kejap..
Alhamdulillah..dapat la tempias2 sikit..
Syukur..tahun depan boleh bagi lebih sikit ye..

Tuesday, September 6, 2011

BIG Project OTW!!!

Info yang nak di share dengan uollss semua..
Malam semalam adalah hari yg begitu penting utk diri ku..
Bukan ape..semalam ade 1 tugasan..
Alhamdulillah syukur..tugasan itu mendapat respon positif..


Maybe, dah sampai masanya untuk melakukan perubahan..
Kehidupan perlu diperbaiki..
Hari ini seharusnya lebih baik dr semalam..
Demi masa depan keluarga..x boleh nak goyang kaki jek..

Ape2 pon..project baru 40% on track..
Bila dah siap..akan dimaklumkan pd seluruh dunia..
Hahaha...doakan sy berjaya untuk menjaga my 'new' baby..

Sunday, September 4, 2011

Cerita Hari Raya 2011..

Salam semua..Jumaat lepas, selamat sampai KL..
Ya ampun..jalan di higway PLUS dr Ipoh ke KL..sesak uollss..
So, kami ikut jalan lama separuh n separuh lagi masuk PLUS..
Nasib baik en hubby yg drive..

Seperti biasa..tahun nie- 1st raya sudah tentu di Melaka..
Seronok sbb ramai yg balik..
N then petang raya pertama terus balik Ipoh..
Perjalanan dr Melaka ke Ipoh, lancar..
Side Melaka kami pilih tema hijau-silver..
Di Ipoh..serba hitam..

Sampai Ipoh, 3 hari kami duk pulun beraya..sampai malam..
My hubby memang penat sbb ni first time mak bawa gi beraya sakan..
Sbb on Friday dh kena balik KL balik...
Sbb adik2 kena dtg tuisyen..ye la nak peksa dah..


Tahun nie, mcm biasa la..duit raya, biskut raya n baju raya..
Semuanye ok..x de masalah..
Ade rezeki lebih, so kongsi juga dgn semua..
Insyallah lepas nie plan nak buat open house di rumah MIL shah alam..
Nak buat doakan selamat n kesyukuran sikit..