Monday, March 14, 2011

Biar Betik!!!

UUM dan MPI tawar kursus sarjana dan PHD Komunikasi Kepengurusan

Posted on March 14, 2011, Monday

KUALA LUMPUR: Pengamal media kini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD) berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UUM Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak manakala MPI diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Chamil Wariya.

Mohamed Mustafa berkata MoU itu akan menerima pelajar kumpulan pertama Sarjana Komunikasi Kepengurusan pada pembukaan semester pertama September ini.

“Kami sasarkan kumpulan pertama ini menerima 30 pelajar berpandukan permintaan ramai dari golongan itu untuk menyambung pengajian.

“Jadi, ini merupakan satu usaha kami untuk memasyarakatkan universiti..dulu pelajar yang mencari universiti, tetapi sekarang, universiti pula datang kepada masyarakat,” katanya selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini.

Beliau berkata ini juga merupakan usaha untuk mencapai taraf masyarakat berpendapatan tinggi seperti matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Mustafa berkata program itu akan dibuat secara dwimingguan dengan kelas selama enam jam seminggu dikendalikan tenaga pengajar berkelayakan PhD.

“Ini akan memudahkan pembelajaran mereka (pengamal media) yang sudah tentunya sibuk sepanjang masa tetapi masih mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Chamil berkata MoU itu menjanjikan pemahaman dan cara pengurusan yang lebih berkesan buat para wartawan di samping menawarkan peluang pekerjaan yang lebih meluas apabila tamat belajar nanti.

“Kurikulum yang disediakan nanti akan membekalkan para pengamal media bagaimana untuk mengurus (komunikasi),”katanya.

Berkenaan kos dan tempat kuliah yang akan diadakan, beliau berkata itu masih belum diputuskan lagi.

“Anggaran bayaran adalah RM300 bagi setiap (jam) kredit, dan bagi keseluruhan program sarjana yang memakan masa selama satu tahun setengah itu adalah sebanyak RM13,000 hingga RM15,000 bagi keseluruhan 43 jam kredit.

“Tempat (pengajian) buat masa ini, mungkin di cawangan UUM di Jalan Chow Kit di sini tetapi kita akan usahakan untuk wujudkan satu tempat di ibu pejabat MPI (di Jalan Duta) bagi memudahkan urusan,” katanya.

Pendaftaran bagi program sarjana di bawah MPI dan UUM itu sudah dibuka dan akan ditutup pada Mei ini dengan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web UUM.

“Kelayakan adalah sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan dengan lima tahun pengalaman dalam bidang media dan juga ijazah pertama dalam bidang berkaitan,” katanya. — Bernama

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi after baca berita nie...semangat nak belajar, muncul kembali..

So, tunggu dah lihat je ek nnt..

No comments:

Post a Comment